Masyarakat Orang Asli di Perak disaran supaya bergiat aktif dalam pembangunan sektor ekopelancongan kerana ia berpotensi memberi impak positif besar kepada kawasan setempat.
1969 D’ Kelly Hotel mengambil langkah proaktif menyokong kelestarian alam sekitar dengan menggunakan kotak bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus makanan yang akan dijual di Bazar Di Kelly sempena Ramadan
Seorang ibu tunggal yang mengamuk di sebuah restoran di Taman Tasek Damai, di sini pada minggu lalu didenda RM11,800 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.
Peniaga Muslim di negeri ini diingatkan supaya tidak dengan sengaja menjual makanan dan minuman secara terbuka pada waktu siang kepada umat Islam yang diwajibkan untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
Kadar zakat fitrah di Negeri Perak pada tahun bagi tahun ini ditetapkan pada RM10, RM16, dan RM25 setiap seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.
Fenomena laut seolah-olah terbelah yang berlaku pada awal Februari setiap tahun terus menjadi tumpuan pelancong ke Pantai Teluk Nipah di sini apabila mereka berpeluang berjalan kaki merentasi beting pasir sejauh kira-kira 400 meter menuju ke Pulau Giam.
Bagaikan pesta apabila fenomena air laut surut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada awal Februari setiap tahun menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara.
Fenomena air laut surut atau dikenali sebagai ‘laut terbelah’ di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini, terus menjadi tumpuan apabila menggamit kehadiran lebih daripada 3,000 pengunjung
Polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki membawa senjata tajam iaitu pisau pemotong sayur dan menerbangkan dron tanpa kebenaran semasa sambutan perayaan Thaipusam, di sini.
Penganut Hindu menyambut perayaan Thaipusam di Perak dengan penuh meriah dan bermakna dalam menzahirkan nilai nazar dan pengorbanan sebagai lambang kekuatan rohani. -MGPerak