Dianggarkan 60 peratus pencari kerja yang berdaftar dengan agensi pembangunan sumber manusia Kerajaan Negeri Perak, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berjaya mendapat pekerjaan yang dipohon, tahun lalu.
Segala perkara melibatkan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu termasuk pindaan terhadap enakmen jenayah syariah di Perak perlu dirujuk serta mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung kesan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 baru-baru ini.
Suasana malam di Silverlakes Village Outlet (SVO) di sini berubah wajah apabila dihiasi lebih 150,000 kuntum bunga ros, tulip dan pokok padi bercahaya penuh berwarna-warni yang menerangi kawasan berkenaan bersempena Pesta Flora Berlampu.
Lebih 100 penduduk Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini, memprotes tindakan pemaju yang hadir untuk melaksanakan kerja-kerja pengosongan dan merobohkan Surau Al-Karamah yang sudah lebih 40 tahun bertapak di kampung berkenaan.
Sebanyak 543 daripada 9,350 sampel wanita yang menjalani ujian virus papiloma manusia (HPV) sejak 2019 sehingga 2023 di Perak, didapati positif HPV DNA.
Tiga anggota polis trafik yang ditahan berhubung kejadian tular meminta wang RM100 daripada pasangan pelancong asing warga United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik, sudah ditahan kerja.
Polis mengingatkan semua pihak untuk tidak memuat naik hantaran melampau di media sosial dengan menyentuh soal kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang dikaitkan dengan isu Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Polis menyerahkan dan akan merujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berhubung dakwaan tiada kotak hitam pada pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda.
Pernah memainkan peranan penting dalam nadi sejarah negeri, Sungai Perak sepanjang 400 kilometer (km) merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.