Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menghasilkan sekitar 27 tan baja kompos setiap tahun sejak memulakan inisiatif pengkomposan sisa makanan pada tahun 2009 menggunakan kaedah Takakura Home Method (THM).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan 1,899 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Taman Perindustrian Bemban
Nenek kepada enam cucu melahirkan rasa syukur dan gembira apabila kediamannya terpilih antara 21 rumah yang dibaik pulih melalui Projek Kampung Angkat MADANI TVET di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering dekat Taiping, pada Selasa.
Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi memperkasa golongan asnaf melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) dan Program Usahawan Payung Asnaf (UPAYA) tahun ini.
Sebanyak empat projek pembangunan bernilai RM1.2 juta telah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, dekat sini.
Impian dan visi Grandmaster Dr V. Rajan, 50, cukup jelas, iaitu mahu melahirkan lebih ramai jurulatih taekwondo, bukan sahaja untuk Negeri Perak, malah demi merancakkan lagi pembangunan sukan tersebut di seluruh Malaysia.
Sebanyak 46,390 kekosongan jawatan aktif direkodkan di Perak setakat Julai lalu, dan ia sekali gus membuka peluang kepada rakyat di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan melalui platform yang disediakan kerajaan.
Projek pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Meru Raya kini telah mencapai kemajuan lebih 80 peratus.
Penganjur aktiviti renang di perairan laut sekitar negeri ini disaran untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Laut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku.