Paras air di semua empangan utama di Perak termasuk Empangan Temenggor dan Chenderoh berada dalam keadaan terkawal meskipun beberapa daerah kini dilanda banjir susulan hujan lebat berlarutan sejak Khamis.
Seorang ibu dalam tempoh berpantang bersama bayi berusia empat hari antara mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Jelapang Jaya, Simpang, di sini malam tadi.
Suasana sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, Taiping yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Jelapang Jaya, Taman Simpang Makmur, Kampung Sungai Batu Teguh, Taman Simpang dan Kampung Baru Simpang.
Pandangan dari udara kawasan perumahan yang ditengglami air ekoran banjir kilat dan di daerah Larut, Matang dan Selama, hasil tinjauan setakat pagi Jumaat.
Kira-kira 20,000 pengunjung disasarkan hadir bagi memeriahkan pengajuran Karnival dan Konsert Gendang MADANI 2025 yang akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya pada 6 hingga 9 November depan.
Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengambil langkah perlu bagi membantu menyelesaikan isu pemilikan lesen pendudukan sementara (LPS) yang dihadapi pengusaha dan penternak kerang di beberapa kawasan pesisir negeri ini.
Meskipun berada di kawasan perkampungan nelayan, komuniti Kampung Pantai Remis di sini melangkah setapak ke hadapan apabila menceburi bidang ternakan ikan air tawar melalui Projek Ternakan Ikan Tilapia Merah menggunakan sistem bioflok.