Balai Seni Negara Cawangan Ipoh yang dijangka beroperasi tahun hadapan diyakini mampu melonjakkan kedatangan pelancong ke bandar raya ini menerusi penganjuran pelbagai program kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan komuniti setempat.
Perak akan memperkukuh serta menambah baik kemudahan dan infrastruktur kesihatan di daerah Muallim sejajar dengan pembangunan pesat di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
Kerajaan Perak akan membentangkan kertas Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rekod Elektronik dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Isnin depan.
Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah karya Datin Shahnoor Zahurin Mohd Haslan Myudin bakal membawa kelainan dengan gabungan klasik dan moden buat penonton di Perak dan Melaka.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memulakan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Pusat Komersial (KPPK) yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bandaraya Ipoh yang memperlihatkan warisan sejarah.
Karnival pertanian dwitahunan negeri, Perak Agrofest 2025 menyasarkan nilai jualan RM1.6 juta sepanjang penganjuran pada 26 hingga 28 September ini di Ladang Infoternak, Sungai Siput.
Bekas warden maahad tahfiz dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis, atas pertuduhan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 13 tahun, lima tahun lalu.
Para peniaga kecil di sini menaruh harapan tinggi agar Belanjawan Negeri Perak 2026 yang bakal dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, dapat merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada golongan itu.