Jabatan Perikanan Perak bersama agensi berkaitan dalam proses semakan teknikal dan penilaian menyeluruh untuk mewartakan lombong Sungai Galah, Kampung Gajah sebagai Zon Industri Akuakultur.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kekal dengan keputusan menggantung Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria untuk menghadiri Sidang DUN Perak selama enam bulan yang berkuat kuasa sejak April lalu.
Pembinaan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) akan dimulakan selepas syarikat konsesi mematuhi ‘condition precedent’ (CP) atau syarat duluan yang bakal dimuktamadkan pada tahun 2026.
Kerajaan Negeri Perak kini giat berusaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi menyokong pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi di negeri ini.
Kelemahan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pemain industri pelancongan merupakan antara faktor menjejaskan usaha Perak bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong luar ke negeri ini.
Kerajaan Perak memperuntukkan RM10 juta bagi institusi pendidikan Islam pada tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan institusi tersebut tidak terpinggir.
Seramai 1,254 pelajar berisiko cicir dikesan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah.
Sebanyak empat daripada 10 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perak sedang dilaksanakan manakala bakinya berada di peringkat pra pelaksanaan dan sedang melalui proses reka bentuk serta perolehan.
Kerajaan Negeri Perak berjaya menoktahkan kemiskinan tegar seramai 9,686 Ketua Isi Rumah (KIR), dengan pecahan seramai 8,986 KIR pada tahun 2024 dan 700 KIR sehingga 3 September 2025.