Perak tidak akan membenarkan pengenaan sebarang caj bagi penyediaan beg plastik jinjit sekali guna atau pakai buang kepada pelanggan di semua premis perniagaan termasuk pasar raya bermula 1 Mac ini.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersedia untuk meneliti cadangan supaya komuniti Baba Nyonya dan Chetti di negara ini diangkat sebagai ikon perpaduan negara.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyatakan kesediaan untuk menyediakan segala keperluan di kesemua 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara susulan pengumuman kerajaan bahawa pendidikan prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun bermula tahun 2027.
IPOH - Zhairif Iman, anak lelaki Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin mengimamkan solat jenazah bapanya sendiri. Detik itu menjadi penghormatan terakhir seorang anak kepada ayah yang gugur berbakti demi negara. -MGPerak
Pegawai Kanan VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, pada Khamis sempat memindahkan wang belanja kepada anak sulungnya sehari sebelum kejadian.
Kerajaan negeri telah menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM20,000 kepada 59 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Rabu.
Jenazah Pegawai Kanan VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, selamat dikebumikan pada jam 6.10 petang, di sini pada Jumaat
Polis berjaya membongkar stor penyimpanan dadah jenis methamphetamine dan methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM37.3 juta yang berselindung di sebalik sebuah banglo di sini pada Jumaat lalu.
Kinta Medical Centre (KMC) bakal menggunakan mesin imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) berteknologi tinggi dilengkapi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan imbasan yang lebih pantas dan jelas.