Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini pada Jumaat.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap segelintir peniaga yang membeli barangan dalam kuantiti tidak munasabah di Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak akan membantu orang ramai termasuk di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) melalui Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).
Projek pembangunan Perpustakaan Digital Perak dijangka siap sepenuhnya Disember ini dan akan diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) pada tahun hadapan.
Projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah akan dibentangkan di peringkat Kabinet pada Ogos ini dalam usaha bagi menangani masalah kekeringan yang berlaku setiap kali cuaca panas melanda.
Kerajaan Negeri Perak menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menyasarkan untuk menyiapkan tiga lagi projek Rumah Perakku dan Rumah Perwira pada tahun ini.
Kerajaan Negeri Perak tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung isu pelupusan haiwan yang tular di media sosial baru-baru ini.