Cemas terima berita hidap kanser, tapi tidak patah semangat.

IPOH – Sudah 15 tahun berlalu, namun detik mencemaskan bagi seorang ibu kepada dua anak masih segar diingatan setelah disahkan menghidap kanser payudara.

Walaupun hancur hatinya, namun Linda Pereira, 62, tidak patah semangat kerana sentiasa mendapat sokongan dan semangat daripada suaminya serta berharap dapat bebas kanser sepenuhnya.

Pesara doktor gigi di syarikat swasta itu berkata, beliau mendapat berita tentang penyakitnya ketika berada di Sarawak.

“Pada masa itu (ia) dikesan awal, jadi saya rasa takut lah kerana saya tidak tahu berkaitan kanser, dan saya rasa sangat susah hati kerana anak-anak saya masih kecil pada masa itu.

“Tempoh rawatan bermula pada tahun 2009 dan saya disarankan ke Semenanjung Malaysia untuk menjalani rawatan,”ujarnya.

Mengimbas memori itu Linda berkata, selepas seminggu keputusan biopsi mengesahkan di payudara kirinya itu adalah kanser.

“Saya di minta pergi membuat ujian mamogram untuk mengesan tanda kanser dan selepas seminggu keputusan keluar, doktor kata ada berita tak baik dan dia kata ini sejenis kanser iaitu kanser payudara.

“Selepas mendapat keputusan, saya rasa macam dunia sudah terbalik pada masa itu dan saya menangis, tetapi suami saya beri semangat dan jangan fikirkan perkara yang tidak baik serta mencari jalan untuk sembuh.

“Saya gembira saya datang ke semenanjung kerana saya jumpa doktor yang tepat serta saya dinasihatkan untuk meneruskan rawatan di sini (Kuala Lumpur),”katanya.

Meneruskan kisahnya, Linda berkata beliau telah menjalani pembedahan mengeluarkan sel kanser di sebelah kiri dan selepas rawatan radioterapi, beliau diminta untuk menjalani pemeriksaan secara berkala setiap tahun.

Beliau berkongsi pengalamannya selepas ditemu bual pemberita pada Majlis Pelancaran Fasa Ke-6 Program Saringan Mammogram Percuma Etiqa Bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.

Kehadirannya ke majlis tersebut menunjukkan sokongan terhadap projek ‘PINK Unity’ di bawah anjuran NCSM untuk menyebarkan kesedaran kepada umum terutamanya kepada golongan wanita. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI