‘Chemistry’ BN, PH mampu beri kemenangan DUN Ayer Kuning

TAPAH – Persepakatan serta ‘chemistry’ yang baik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menerusi Kerajaan Perpaduan dijangka mampu memenangkan calon mewakili mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama, mengulangi perkara yang telah dilaksanakan pada PRK DUN Mahkota, Johor sebelum ini yang berjaya menghasilkan kemenangan besar kepada BN.

“Seperti yang kita sedia maklum, kita ada ‘chemistry’ yang telah kita tunjukkan di beberapa PRK sebelum ini termasuk yang terbaharu iaitu di PRK DUN Mahkota.

“Kita buktikan di situ bahawa PH turun padang, berkempen dan meraih undi mereka daripada penyokong-penyokongnya bagi membantu untuk memenangkan calon BN dan kita menang besar. ‘Pattern’ yang sama sebenarnya ada di Tapah.

“Saya percaya kalau itu dapat dibuat, di mana BN akan bekerja keras untuk tarik balik pengundi dan PH buat yang sama, kita akan menang besar seperti mana kita menang di DUN Mahkota,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pimpinan BN dan PH di Bangunan UMNO Tapah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi dan Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan.

Saarani berkata, berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dulu, BN mendapat 9,088 undi, PH (6,875 undi) dan Perikatan Nasional (6,812 undi).

“Jika kita ulangi cara yang sama yang berlaku di DUN Mahkota, kalau 9,000 itu dikekalkan oleh pengundi BN, 6,000 oleh PH bila bergabung boleh menjadi 15,000 undi. Itu berasalkan pada pilihan pengundian dulu. Jadi itulah yang kita bicarakan tadi,” ujarnya.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan penyandang, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang, akibat serangan jantung, pada Sabtu.

Untuk rekod, PRU15, BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerjasama BN, Friends of BN, PH boleh menang besar PRK Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI