‘Coffee Trails of Perak’ bangunkan pelancongan, usahawan tempatan

TAPAH – Inisatif kerajaan negeri memperkenalkan produk berasaskan kopi, ‘Coffee Trails of Perak’ menjadikan Perak berada di landasan tepat untuk bergerak ke hadapan dalam pembangunan industri pelancongan tempatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program yang menghimpunkan lebih 80 pengusaha kopi tempatan itu telah berjaya menjenamakan pelancongan negeri dari sudut yang lebih santai sejak mula dilancarkan tahun lalu.

Coffee Trails of Perak pelancongan kopi Coffee Trails Perak Pelancongan kopi Malaysia Pelancongan Perak 2025 Ngopi di Perak Produk pelancongan tempatan Saarani Mohamad pelancongan Tourism Perak Kafe dan ladang kopi Perak Taman Tasik Temoh Jelajah Digital Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada program Jelajah Digital Perak: Pelancongan Pintar dan Majlis Penyerahan Bahan Promosi Pakej “Coffee Trails of Perak” di Taman Tasik Temoh, Tapah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Katanya, ia turut menyumbang kepada ekosistem perniagaan berasaskan kopi yang kian berkembang di samping, mendapat perhatian dalam kalangan pelancong serta pencinta kopi tanah air.

“Budaya ‘ngopi’ kini bukan sahaja menjadi satu trend dalam kalangan anak muda, malah telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup kontemporari.

“Kesemuanya tampil dengan keunikan rasa, konsep dan lokasi berbeza sekali gus menawarkan satu pengalaman pelancongan yang istimewa untuk peminat kopi. Slogan ringkasnya, “Nak ngopi? Jom ke Perak!,” katanya.

Coffee Trails of Perak pelancongan kopi Coffee Trails Perak Pelancongan kopi Malaysia Pelancongan Perak 2025 Ngopi di Perak Produk pelancongan tempatan Saarani Mohamad pelancongan Tourism Perak Kafe dan ladang kopi Perak Taman Tasik Temoh Jelajah Digital Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan cenderahati pada program Jelajah Digital Perak: Pelancongan Pintar dan Majlis Penyerahan Bahan Promosi Pakej “Coffee Trails of Perak” di Taman Tasik Temoh, Tapah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap merasmikan program Jelajah Digital Perak: Pelancongan Pintar dan Majlis Penyerahan Bahan Promosi Pakej Coffee Trails of Perak di Dataran Tasik Temoh di sini pada Jumaat.

Penyerahan Bahan Promosi Pakej Coffee Trails of Perak merupakan rentetan kepada pelancaran logo rasminya pada malam 31 Disember 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2025.

Coffee Trails of Perak pelancongan kopi Coffee Trails Perak Pelancongan kopi Malaysia Pelancongan Perak 2025 Ngopi di Perak Produk pelancongan tempatan Saarani Mohamad pelancongan Tourism Perak Kafe dan ladang kopi Perak Taman Tasik Temoh Jelajah Digital Perak
Suasana sekitar program Jelajah Digital Perak: Pelancongan Pintar dan Majlis Penyerahan Bahan Promosi Pakej “Coffee Trails of Perak” di Taman Tasik Temoh, Tapah, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Pakej tersebut diilhamkan Tourism Perak dengan kerjasama 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Mengulas lanjut Saarani berkata, usaha itu juga bukan sahaja berjaya mengetengahkan kopi sebagai produk pelancongan negeri, malah ia juga turut memperkukuh ekonomi komuniti tempatan yang terlibat dalam penghasilan serta pengoperasian kedai kopi, kafe dan ladang kopi.

Pada majlis sama, Saarani turut mengumumkan tambahan peruntukan RM150,000 menjadi keseluruhan RM300,000 bagi kerja-kerja naik taraf kemudahan awam di Taman Tasik Temoh.

Ujar beliau, kelulusan itu selari dengan maklum balas masyarakat setempat dan peningkatan jumlah pengunjung yang menjadikan kawasan rekreasi itu berpotensi besar sebagai destinasi eko-pelancongan di daerah Batang Padang.

“Peruntukan ini meliputi pembinaan gazebo, penyediaan kawasan refleksologi dan pemasangan penghadang tangan.

“InsyaAllah prasarana baharu ini akan mendorong penganjuran pelbagai program pelancongan dan sukan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kopi Perak penuhi permintaan, kehendak pasaran semasa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI