CSR Ramadan: HSB infaq mesin tekanan darah kepada masjid, surau

IPOH – Sempena bulan Ramadan, Hospital Seri Botani (HSB) meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melaksanakan Program Infaq Mesin Tekanan Darah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal penyakit darah tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Seri Botani, Dr Eric Yeoh Kok Ming berkata, program berkenaan bertujuan mendidik orang awam bahawa tekanan darah tinggi sering berlaku tanpa sebarang simptom yang menyebabkan ramai tidak menyedari mereka berisiko.

Menurutnya, di samping itu, ia turut membantu dalam pengesanan awal risiko penyakit hipertensi, strok dan penyakit jantung yang semakin membimbangkan.

CSR Ramadan: HSB infaq mesin tekanan darah kepada masjid, surau
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Seri Botani, Dr Eric Yeoh Kok Ming ketika ditemui media di Masjid Raudatul Mukminin, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2026.

“Program hari ini bagi mempertingkatkan kesedaran masyarakat supaya melakukan saringan kesihatan melalui pemeriksaan tekanan darah kerana ramai anggap kalau tiada simptom itu normal.

“Tapi sebenarnya bukan sebab dia kebaikan masa bila tekanan darah meningkat, ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau simptom.

“Kita ingin menggalakkan masyarakat supaya melakukan saringan kesihatan melalui cara sukatan tekanan darah ini supaya kita boleh mengenal pasti penyakit darah tinggi ini lebih awal.

“Justeru, kita berharap penyakit tersebut boleh dikawal melalui rawatan sama ada melalui ubat-ubatan ataupun gaya hidup sihat, supaya masalah ataupun komplikasi daripada tekanan darah ini boleh dikurangkan,” katanya.

CSR Ramadan: HSB infaq mesin tekanan darah kepada masjid, surau
Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Seri Botani, Dr Eric Yeoh Kok Ming (tiga, kiri) menyerahkan mesin tekanan darah kepada Pengerusi Masjid Raudatul Mukminin, Ibrahim Ramly, 67 (empat, kanan) di Kampung Kepayang, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2026.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan mesin tekanan darah kepada Pengerusi Masjid Raudatul Mukminin, Ibrahim Ramly di perkarangan masjid berkenaan di Kampung Kepayang di sini pada Jumaat.

Eric Yeoh memaklumkan, program berkenaan dimulakan di Masjid Raudatul Mukminin serta dua surau berdekatan iaitu Surau Diri Jumaaat Al-Ansar, Seri Palma dan Surau Ta’adud Jumaat Ulul Albab, Seri Margosa sebagai usaha mendekati komuniti setempat terlebih dahulu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sempena bulan Ramadan, pihak hospital sememangnya menganjurkan program CSR setiap tahun, namun program seumpama ini adalah kali pertama diadakan.

“Sebelum ini, aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada pengagihan bubur lambuk sahaja, manakala program yang melibatkan saringan kesihatan baru pertama kali dilaksanakan.

CSR Ramadan: HSB infaq mesin tekanan darah kepada masjid, surau
Timbalan Pengerusi Masjid Raudatul Mukminin, Shamsul Jamil Shaharum, 55, ketika ditemui media di Masjid Raudatul Mukminin, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 FEBRUARI 2026.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Raudatul Mukminin, Shamsul Jamil Shaharum, 55, menyambut baik usaha hospital berkenaan yang disifatkan memberi manfaat besar kepada jemaah, khususnya golongan berusia.

Alhamdulillah, pihak masjid amat mengalu-alukan kehadiran HSB atas usaha pihak hospital mendekatkan diri dengan masjid serta jemaah kariah kami, selain meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan berkaitan tekanan darah tinggi amat penting.

“Kami juga bersyukur dengan pemberian mesin tekanan darah ini yang membantu menggalakkan usaha ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik.

“Kebanyakan ahli kariah di masjid ini orang yang sudah berusia. Jadi ini salah satu inisiatif yang baik daripada pihak hospital,” ujarnya yang memaklumkan masjid tersebut mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB lawat Bazar Ramadan Pekarangan Stadium Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI