Cuaca panas: Lima kes kelesuan haba di Perak, libatkan anggota tentera

IPOH – Perak merekodkan lima kes penyakit berkaitan haba, iaitu kelesuan haba susulan cuaca panas dan kering melanda negara sejak Mei lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kes melibatkan lima anggota tentera ketika menyertai Eksesais KERIS STRIKE 2025 di kawasan hutan berhampiran Sauk, Kuala Kangsar dan Sungai Siput, pada 27 Julai lalu.

Katanya, kesemua anggota tentera warga tempatan berusia antara 22 hingga 39 tahun itu mengalami gejala seperti hampir pitam, pening dan loya.

“Dianggarkan seramai 2,500 orang terdedah dengan cuaca panas ketika menyertai latihan medan yang melibatkan aktiviti lasak di kawasan hutan sehingga tengah hari.

“Berdasarkan situasi di lokasi ketika ini, keadaan adalah dalam cuaca panas sejak sehari sebelum, dan semua mereka telah berada dalam hutan berkenaan selama tiga hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Penyerahan Cek Cura dan Karnival Mini MyFutureJobs, di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak, dekat sini, pada Isnin.

Kes kelesuan haba di Perak cuaca panas Malaysia 2025, anggota tentera alami kelesuan haba, Eksesais KERIS STRIKE 2025, gejala strok haba, kes penyakit berkaitan haba, cuaca panas Perak, Hospital Kuala Kangsar
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berucap pada Majlis Perasmian Program Penyerahan Faedah Insuran Pekerjaan dan Mini Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Wisma PERKESO Negeri Perak, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 OGOS 2025.

Hadir sama, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri, Khairul Mizan Md Said.

Sivanesan memberitahu, kelima-lima kes telah mendapat rawatan awal di ‘regimental aid post’ (RAP) sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.

Beliau berkata, pemantauan dan siasatan lanjut oleh Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar (KPAS) Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar sedang dijalankan.

“Setakat ini tiada sebarang kes lain melibatkan penyakit berkaitan haba direkodkan di Perak,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Monsun Barat Daya bermula Mei dijangka akan berterusan sehingga September susulan tiupan angin yang bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara.

Sepanjang musim tersebut, kadar kelembapan udara lazimnya rendah, sekali gus menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Majlis Penutup Eksesais KERIS STRIKE

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI