Cubaan seludup rokok RM2 juta gagal, lelaki tempatan ditahan

IPOH – Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta dalam satu operasi penguatkuasaan di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar persimpangan jambatan Pulau Pinang.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan ditahan bersama 6,100 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak mempunyai cukai Kastam.

Menurutya, pihaknya telah mengesan pergerakan dan modus operandi sindiket tersebut selepas melakukan pemantauan sejak sebulan lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati bekalan rokok dibawa dari selatan tanah air untuk diedarkan ke pasaran utara,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 dan sehingga 20 kali ganda nilai atau RM500,000.

Tambahnya, hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya turut dikenakan jika sabit kesalahan.

“Sehubungan itu, PGA Briged Utara komited meneruskan rondaan dan penguatkuasaan di negeri-negeri utara tanah air termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan pelbagai jenayah rentas sempadan,“ ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ops Gasak 2025: KPDN Perak rampas 219 tong LPG

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI