Cucu perempuan maut selepas kereta dipandu datuk terbabas

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi dekat sini, pada Ahad.

Nahas pada jam 8.40 malam itu menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback, Jamil Sumawan, 69, dan cucunya Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, cedera.

Az Dian Raisya bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10.05 malam ketika sedang menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan datuknya dalam perjalanan dari Meru untuk pulang ke rumah di Manjoi.

Kata beliau, ketika tiba di lokasi kejadian, pihak polis mendapati kereta dipandu warga emas itu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.

“Akibat dari kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital tersebut.

“Nahas jalan raya itu turut menyebabkan kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan cermin besar depan pecah manakala bahagian sisi kiri kereta kemek dan calar,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal memaklumkan, siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian dan kenderaan telah dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Inspektor polis maut nahas dua motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI