Dagangan saham FGV digantung pada 25 Ogos ini

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Bhd mengumumkan dagangan sekuriti berkaitan dengan FGV Holdings Bhd akan digantung berkuat kuasa mulai 9 pagi, 25 Ogos, 2025 selaras dengan Perenggan 16.02(3) Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV menjelaskan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersama pihak-pihak yang bertindak untuk matlamat yang sama (PAC) kini memegang lebih 90 peratus saham FGV, dan Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan status penyenaraian FGV di Pasaran Utama, Bursa Securities.

“Oleh yang demikian, Felda akan memperoleh FGV untuk melaksanakan semua langkah yang diperlukan bagi mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi selaras dengan Perenggan 16.07 Kehendak-Kehendak Penyenaraian,” jelasnya.

Menurut laporan sebelum ini, Felda bersama PAC telah berjaya memperoleh 94.97 peratus daripada jumlah saham terbitan FGV, meliputi 3.46 bilion saham, sekali gus membuka jalan untuk penyahsenaraian FGV daripada Pasaran Utama. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI