Dakwaan tipu tauliah agama: Calon PN enggan ulas

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek enggan mengulas dakwaan beliau menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh lesen guru tauliah.

Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah itu hanya menjawab dengan ringkas bahawa isu berkenaan sudah dijelaskan meskipun tiada sebarang laporan dikeluarkan daripada mana-mana media.

“Saya ingat yang itu clear (jelas), yang itu semua dah clear sebab kita dah ada keputusan daripada Majlis Agama Islam itu semua tiada masalah apa-apa, InshaAllah,“ katanya.

Beliau ditemui media selepas selesai Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Dewan Merdeka, di sini hari ini.

Sementara itu, Abd Muhaimin berharap kempen yang akan berlangsung selama dua minggu ini akan berjalan dengan lancar.

“Saya mengharapkan kempen yang baik, yang datang daripada hati, mesra rakyat, penuh dengan kasih sayang dan penuh dengan rasa mahabah kerana kita menghidupkan demokrasi.

“Kalah menang itu cerita kemudian. Kita nak menjalankan kempen dengan cara yang baik-baik di peringkat parti kerajaan atau parti pembangkang untuk menghidupkan demokrasi di tempat kita ini,” ujarnya.

Beliau berkata, setiap calon yang masuk bertanding sudah pasti berharapkan kemenangan.

“Saya masuk bertanding walaupun kali pertama tapi saya amat positif kerana kita bertawakal kepada ALLAH SWT kita usaha gigih untuk dapatkan kemenangan, dan kita akan dapatkan kemenangan.

“Kita juga akan berusaha untuk pergi ke seluruh rumah pengundi-pengundi dalam tempoh ini (kempen) sedaya termampu dengan kesihatan, kederat dan jentera yang ada, InsyaAllah,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Laungan ‘Bangkit, bangkit, bangkit rakyat’; iringi calon PN, Abd Muhaimin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI