DAP tidak guna dana kerajaan untuk parti – Anthony Loke

IPOH – DAP menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah menggunakan sumber atau dana kerajaan bagi tujuan kepartian kerana wang tersebut adalah untuk rakyat.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP sentiasa mengasingkan urusan parti dengan kerajaan, malah kelangsungan parti itu hanya bergantung kepada sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita sentiasa mengasingkan antara parti dengan kerajaan. Sumber, dana kerajaan kita tidak guna untuk parti kerana setiap sen adalah untuk rakyat.

“Maka, parti bergerak bergantung kepada sokongan rakyat di akar umbi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana memberikan satu sokongan yang cukup padu kepada DAP,” katanya ketika berucap pada Jamuan Makan Malam DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming dan Bendahari DAP, Ngeh Koo Ham.

Dalam perkembangan berkaitan, Anthony berkata, sebelum ini DAP pernah berada dalam blok pembangkang serta sering berdebat bagi memainkan peranan semak dan imbang dengan kerajaan pada ketika itu.

“Tetapi pada hari ini, kita sebagai parti kerajaan, kita perlu tunjukkan apa yang kita buat untuk rakyat, apa yang kita buat untuk negeri, apa yang kita buat untuk negara.

“Ini misi kita dalam kerajaan supaya Malaysia terus maju ke hadapan sekali gus mengangkat martabat negara,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DAP fokus majukan negara, bukan layan kenyataan MCA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI