DAPSY ingatkan Dr Akmal jangan jadi batu api dan berlagak hero

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh diingatkan agar tidak bertindak sebagai batu api untuk memecahbelahkan masyarakat.

Ketua DAPSY Malaysia, Woo Kah Leong berkata, sebagai pemimpin kerajaan, Dr Akmal sepatutnya berusaha untuk menurunkan suhu politik yang dinaikkan oleh pembangkang dengan niat untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk.

“Janganlah sesekali mencuba untuk mengapi-apikan bahang dan berlagak hero.

“Pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut.

“Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu berkata demikian mengulas kenyataan terbaharu Dr Akmal berhubung gesaan beliau agar polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halal diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka dengan berkata penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal tidak boleh diterima.

Akmal turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan produk makanan berkenaan.

Akmal berkata demikian ekoran tindakan UM menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI