Dari “Thai Look” ke “One Piece”| KAMU 2025 Platform Belia Berekspresi

IPOH – Deruman enjin motosikal pelbagai jenis menambah kemeriahan acara yang menghimpunkan puluhan penggemar dua roda pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025, di Stadium Stadium Indera Mulia, dekat sini, pada Ahad.

Acara yang mengumpulkan komuniti permotoran dari seluruh negara itu bukan sekadar pameran, malah menjadi platform untuk mengangkat budaya permotoran khususnya dalam kalangan belia.

Setiap peserta menampilkan pelbagai jenis motosikal dengan diubah suai dari segi aksesori, warna sehingga ke komponen tertentu mengikut kreativiti masing-masing.

Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

Salah seorang peserta, Syamim Zulkifli, 36, berkata, minatnya terhadap aktiviti berkaitan motosikal sudah bermula sejak zaman remaja.

Dia yang berasal dari Simpang Ampat, Pulau Pinang berkata, dia membawa motosikal jenis Kawasaki KRZ 150 yang diubah suai dengan gaya Thailand atau ‘Thai look’ yang cukup popular dalam kalangan peminat motosikal tempatan.

KAMU 2025 peminat motosikal Himpunan Kawa Members, komuniti motosikal Perak, budaya permotoran belia, modifikasi motosikal Thai look, motosikal One Piece, acara anak muda Ipoh
Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

“Banyak barang aksesori yang kita ambil dari Thailand. Kita buat sendiri, cuma barang saja kita import. Nak siapkan satu motor boleh ambil masa sehingga setahun bergantung kepada jenis atau tahap pengubahsuaian,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak.

Menurutnya, kos modifikasi motosikal berkenaan mencecah RM36,000 dirasakan berbaloi apabila turut meraih lebih 100 anugerah dalam tempoh dua tahun menerusi pelbagai acara termasuk kategori Best of the Best Dua Roda pada penganjuran KAMU 2024.

Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

“Acara seperti ini bukan sekadar pameran dan pertandingan, malah ia juga meraikan industri motor di sampung dapat beri ruang anak muda tunjuk bakat dalam industri dua roda.

“Walaupun saya bukan anak Perak, tetapi saya berharap program seperti ini dapat terus dianjurkan dengan lebih banyak lagi, katanya.

Inspirasi animasi ‘One Piece’

Seorang lagi peserta, Muhamad Hazrul Abd Rahim, 30, dari Nibong Tebal, turut mencuri perhatian dan membawa kelainan apabila memilih tema animasi Jepun popular, One Piece, sebagai identiti motosikalnya.

Dengan Kawasaki RR 150cc, Muhamad Hazrul menggabungkan teknik ‘airbrush’, aksesori dari Thailand dan modifikasi enjin.

Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

“One Piece ini cukup popular dalam kalangan seusia dengan saya apabila dibesarkan dengan animasi Jepun ini.

“Oleh itu, saya kita ambil ilham atau inspirasi tu untuk menggayakan dengan motosikal saya ini, selain ia telah menyertai banyak pertandingan pemotoran,” ujarnya.

Dia yang sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk motosikal berkenaan berkata, penyertaannya di KAMU 2025 bukan sekadar pertandingan, sebaliknya ia juga sebagai menyokong program yang menghargai komuniti peminat motosikal.

KAMU 2025 peminat motosikal Himpunan Kawa Members, komuniti motosikal Perak, budaya permotoran belia, modifikasi motosikal Thai look, motosikal One Piece, acara anak muda Ipoh
Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

“Acara seperti ini setahun sekali dan saya sanggup datang dari Pulau Pinang ke Ipoh untuk menyokongnya. Di sini juga kita dapat eratkan silaturahim antara penggiat aktiviti motosikal dari pelbagai negeri,” katanya yang sudah meraih lebih 20 anugerah motosikal.

Dari gaya “Thai look” hingga ke tema ‘One Piece’, kreativiti anak muda dalam arena permotoran jelas terserlah.

Walaupun kos modifikasi sesebuah motosikal mencecah puluhan ribu ringgit, namun kepuasan, silaturahim dan pengiktirafan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peserta.

Pameran motosikal pelbagai jenis pada Himpunan Kawa Members bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 SEPTEMBER 2025.

Himpunan itu membuktikan budaya motosikal bukan sekadar hobi, tetapi juga sebagai medium seni ekspresi diri, ekonomi dan perpaduan dalam kalangan peminat aktiviti dua roda.

Penganjuran KAMU 2025 jelas menjadi bukti bagaimana program berteraskan belia memberi impak positif.

KAMU 2025 juga  menepis persepsi negatif bahawa budaya bermotosikal sinonim dengan lumba haram, sebaliknya, ia membina disiplin, kreativiti dan semangat berkomuniti. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

10,000 pengunjung meriahkan Konsert KAMU 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI