Datuk didakwa amang seksual terhadap cucu saudara

KUALA KANGSAR – Seorang datuk dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudara perempuannya berusia enam tahun pada pertengahan tahun ini.

Lelaki berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Rohaida Ishak.

Dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual dengan cara memegang kemaluan mangsa berusia enam tahun itu di sebuah pondok di hadapan sebuah rumah di Kampung Kenayat, Gerik pada waktu pagi pertengahan 2024.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Datuk didakwa lakukan amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang datuk dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudara perempuannya berusia enam tahun pada pertengahan tahun ini.
Lelaki berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Rohaida Ishak. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 OGOS 2024.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan memohon supaya mahkamah menangguhkan hukuman untuk menunggu laporan perubatan mangsa.

Pihak pendakwaan turut mencadangkan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 selain diminta tidak mengganggu mangsa sehingga kes itu selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon supaya wang jaminan dikurangkan kerana dia bekerja sendiri serta menghidap penyakit batu karang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain meletakkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa hingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 12 September depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Datuk didakwa lakukan amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang datuk dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudara perempuannya berusia enam tahun pada pertengahan tahun ini.
Lelaki berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Rohaida Ishak. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 OGOS 2024.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, mangsa telah diperlakukan dengan perbuatan keji itu berulang kali, namun tidak mengadu hal berkenaan kepada sesiapa sebelum akhirnya menceritakannya kepada ibu.

Katanya, kejadian cabul itu berlaku antara Mac dan April lalu di mana suspek dikatakan mengurut perut mangsa bagi tujuan ‘membuang angin’ sebelum bertindak meraba kemaluan kanak-kanak itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penganggur cabul cucu saudara umur enam tahun direman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI