Depot Imigresen Sementara Bidor ditutup sepenuhnya

TAPAH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan penutupan sepenuhnya Depot Imigresen Sementara Bidor berkuatkuasa pagi ini selepas pemindahan semua tahanannya selesai pada jam 11.00 malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua 435 tahanan di depot berkenaan telah dipindahkan di empat depot tahanan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

“Pagi ini secara rasminya kita buat penutupan sepenuhnya Depot Imigresen Sementara Bidor ini kerana tiada lagi tahanan di sini dengan penghantaran keluar berakhir jam 11.00 malam tadi.

“Kumpulan terakhir dipindahkan adalah seramai 100 tahanan wanita yang dihantar ke Depot Bukit Jalil di Kuala Lumpur manakala yang lain pula di Depot Lenggeng di Negeri Sembilan, Kemayan di Pahang dan Machap Umboo, Melaka,” katanya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di hadapan Depot Imigresen Sementara Bidor, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, Ruslin dalam sidang media pada Jumaat memaklumkan seramai 566 orang tahanan warga asing ditempatkan di Depot Imigresen Sementara Bidor sebelum insiden 131 tahanan merusuh dan lolos pada Khamis.

Beliau berkata, seramai 297 orang daripadanya merupakan etnik Rohingya diikuti warga Myanmar (110 orang), Indonesia (82 orang), warga Bangladesh (22 orang) dan selebihnya warga lain-lain.

“Hasil daripada kejadian itu, kita mendapati baki tahanan seramai 435 orang di Depot Sementara Bidor itu tidak melarikan diri semasa kejadian dan mereka kekal di situ,” katanya.

Terdahulu, MG Perak melaporkan, seramai 131 pendatang tanpa izin (PATI) bertindak melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 335 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) lewat malam Khamis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak : 120 Tahanan Myanmar Lolos Terus Diburu, Mula Keluar Cari Bekalan Makanan Minuman

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI