Derma masjid lebih selamat melalui Portal Perak Digital 2.0

IPOH – Kerajaan Negeri memperkenalkan Portal Perak Digital 2.0 iaitu inisiatif inovatif yang memacu keterangkuman digital, memperkasa masyarakat dan merapatkan jurang teknologi.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, portal yang dinaik taraf itu akan menjadi satu pusat sehenti (one stop centre) kepada warga negeri ini.

Menurutnya, modul terbaharu yang ditambah baik dalam portal tersebut iaitu e-Derma yang membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara telus dan sah kepada masjid dan rumah ibadat yang memerlukan di Perak.

“Modul terbaharu yang ditambah baik menerusi kerjasama Digital Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ini dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penipuan dalam talian terutamanya kepada orang ramai yang ingin menderma secara terus kepada masjid dan rumah ibadat.

“Kita mahu rakyat Perak yang duduk di luar Perak boleh menderma tidak mengira masa kepada masjid-masjid di dalam kawasan mereka sendiri kerana ia tidak melalui mana-mana payment gateway (gerbang pembayaran) sebaliknya terus memasuki akaun bank masjid terlibat.

“Modul e-Derma ini bukan sahaja memudahkan urusan sumbangan, malah berfungsi sebagai langkah perlindungan terhadap penipuan siber.

“Pengguna hanya mengimbas kod QR yang disahkan, penderma dapat menyumbang terus kepada penerima tanpa ragu,“ katanya.

Derma masjid lebih selamat melalui Portal Perak Digital 2.0
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 APRIL 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Mohd Azlan turut memaklumkan portal tersebut telah merekodkan lebih 200,000 pengguna berdaftar dan menawarkan pelbagai aplikasi digital seperti e-Perjawatan, e-Internship, e-Pensijilan Halal, direktori e-dagang S.M.A.R.T Niaga@Perak, dan e-Tempahan.

Terdahulu, pagi ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan portal tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MAIPk Bestari bantu mudahkan pembayaran zakat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI