Dewan Belia Perak asas melahirkan pemimpin muda berwibawa

IPOH – Dewan Belia Perak antara platform terbaik dalam membentuk kepimpinan belia yang berwibawa serta berdaya saing untuk melahirkan generasi muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ruang tersebut memberi peluang kepada golongan belia untuk mempelajari tatakelola, memahami tanggungjawab kepimpinan serta menterjemahkan idea kepada dasar yang berkesan.

“Pengalaman ini adalah bekal penting untuk masa depan, sama ada dalam politik, pentadbiran, perniagaan atau masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Program Permukiman Dewan Belia 2025 di Miker Avenue, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pemimpin belia memainkan peranan aktif untuk mendidik anak-anak muda supaya berani berfikir secara rasional, matang dalam membuat keputusan, dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi atau sentimen sempit.

“Anak muda perlu dibimbing untuk melihat sesuatu isu secara menyeluruh, menilai fakta dengan jujur, dan membezakan antara kritikan yang membina dengan hasutan yang merosakkan.

Dewan Belia Perak asas melahirkan pemimpin muda berwibawa
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Permukiman Dewan Belia Perak 2025 di Miker Avenue, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2025.

“Dalam dunia yang semakin terbuka ini, belia bukan sahaja menjadi suara kepada generasi muda, tetapi juga menjadi cerminan kepada nilai yang dibawa,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa masa depan masyarakat dan negeri akan lebih terjamin sekiranya golongan belia dididik dengan nilai tanggungjawab, etika serta sikap saling menghormati perbezaan.

“Saya mahu menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus merancang dan membuka peluang, tetapi masa depan Perak tidak akan ditentukan oleh pelan semata-mata.

“Ia akan ditentukan oleh keberanian dan kebijaksanaan orang muda yang bersedia memimpin dengan hati dan akal yang seimbang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dewan Belia Perak ‘Jambatan Emas’ aspirasi anak muda

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI