Dewan Negara lulus pindaan RUU Wang Tak Dituntut

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.

RUU itu diluluskan sebulat suara selepas dibahas oleh sembilan senator sejurus dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu, Lim berkata langkah tersebut bertujuan meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) melibatkan fasal 1 hingga fasal 12.

Antaranya ialah fasal 10 yang bertujuan meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh wang tak dituntut (WTD) yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan daripada 15 kepada 10 tahun.

“Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan wang tak dituntut dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan apabila luput tempoh 10 tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan.

“WTD yang dipindah ke Akaun Hasil Disatukan dapat menyumbang kepada keperluan perbelanjaan kerajaan terutama dalam memenuhi objektif sosioekonomi negara serta langkah pemulihan ekonomi,” katanya.

Lim berkata, walaupun pindahan WTD dibuat ke Akaun Hasil Disatukan namun tuntutan terhadap WTD masih boleh dibuat.

“Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, jumlah WTD yang akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan mencecah RM1.98 billion pada awal pelaksanaan,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI