Diesel bersubsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas

MANJUNG – Satu sindiket penyelewengan diesel ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Cawangan Manjung melalui serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Lumut membabitkan rampasan RM RM1,761,287 di sini, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan operasi ini hasil risikan anggota Penguat Kuasa KPDN dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung selama dua minggu ke atas penyelewengan minyak yang melakukan aktviti bunkering di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan sekitar jam 12.30 tengah hari itu, sebuah lori tangki sedang memindahkan cecair yang disyaki minyak diesel ke atas sebuah bot penunda.

“Siasatan awal mendapati bot penunda itu dimiliki sebuah syarikat pemegang lesen runcit bunkering yang masih sah tempoh dan beralamat di Manjung manakala lori tangki pula dimiliki sebuah syarikat pembekal minyak yang mempunyai lesen borong diesel yang masih sah tempoh beralamat di Selangor.

KPDN rampas diesel bersubsidi bernilai lebih RM1.7 juta
Anggota penguat kuasa memeriksa lori dipercayai terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, semalam. Foto Ihsan KPDN Perak Cawangan Manjung

“Hasil pemeriksaan lanjut dan semakan awal ke atas dokumen pembelian dan penjualan, mendapati terdapat transaksi yang mencurigakan yang disyaki palsu kerana melakukan transaksi berbeza dengan rekod yang diperolehi daripada syarikat pembekal minyak berjenama

“Kita percaya sindiket ini cuba memalsukan rekod transaksi sumber minyak diesel yang diperolehi untuk mengaburi pihak berkuasa melalui penyataan dan dokumen yang telah disita,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, empat lelaki tempatan melibatkan pemandu dan kelindan lori, penyelia bot penunda dan ejen syarikat berusia antara 24 hingga 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Melalui arahan pengisytiharan stok dan mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 terhadap kedua-dua syarikat, sebanyak 60,429 liter cecair yang disyaki minyak diesel berada di dalam lori tangki dan bot penunda tersebut telah disita dengan rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1,761,287.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” jelasnya. –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak patahkan cubaan seleweng 4,500 liter diesel

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI