Disengat obor-obor: Tiga peserta telah dibenarkan discaj

LUMUT – Tiga peserta kanak-kanak yang cedera selepas disengat obor-obor dalam acara renang laut terbuka di Pantai Pantai Teluk Senangin, pada Sabtu berada dalam keadaan stabil.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, ketiga-tiga mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

Beliau berkata, mereka merupakan antara 30 daripada 225 peserta yang cedera disengat obor-obor ketika menyertai acara renang laut pada program Teluk Senangin Open Water Swim 2025.

peserta renang laut Teluk Senangin cedera obor-obor peserta discaj selepas disengat obor-obor, Teluk Senangin Open Water Swim 2025, kanak-kanak disengat obor-obor, Hospital Seri Manjung, acara sukan laut Perak, Exco A Sivanesan, Raja Azlan Muzaffar Shah
Peserta acara sukan renang laut terbuka di Pantai Teluk Senangin sedang menerima rawatan selepas cedera disengat obor-obor. Foto APM Manjung.

“Kesemua 30 peserta dalam lingkungan usia antara 11 hingga 15 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

“Tiga daripada mereka telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan susulan, namun tiada yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Terdahulu dilaporkan 30 ke 40 peserta mengalami kecederaan ringan semasa menyertai acara renang pada program Teluk Senangin Open Water Swim 2025.

Dalam kejadian sekitar jam 8.15 pagi itu, peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia sedang menyertai acara berkenaan sebelum serangan obor-obor dikesan berlaku secara serentak di kawasan perairan tersebut.

Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung berkata, kesemua mangsa menerima rawatan awal oleh petugas daripada APM, Kementerian Kesihatan (KKM) dan perkhidmatan perubatan swasta yang ditempatkan di lokasi acara.

Program berkenaan turut disertai anakanda Sultan Perak, Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dalam kategori lelaki (12 hingga 19 tahun) sejauh tiga kilometer.

Pengarah program, Saiful Nizam Kamal Arifin ketika dihubungi mengesahkan, peserta berjaya menamatkan perlumbaan dengan selamat termasuk Raja Azlan Muzaffar Shah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Acara renang laut: 40 peserta cedera disengat obor-obor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI