DKKN ikhtiar bermakna perkukuh institusi kekeluargaan – MB Perak

IPOH – Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) 2026–2030 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disifatkan sebagai ikhtiar yang bermakna dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dasar berkenaan membawa mesej jelas bahawa nilai tanggungjawab, hormat dan ihsan mesti terus diperkasa supaya rumah kekal menjadi tempat yang paling selamat bagi setiap insan.

Katanya, sesebuah negara bergantung kepada kekuatan keluarga setiap rakyat yang mana kerapuhan institusi keluarga mengakibatkan kemajuan sukar bertahan apabila diuji dengan dugaan.

DKKN Saarani Mohamad Dasar Kasih Keluarga Negara Perak MB Perak DKKN Saarani Mohamad keluarga institusi keluarga Perak Perak Sejahtera 2030 keluarga MADANI ucapan MB Perak Ipoh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) kepada penerima pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

“Apabila keluarga stabil, masyarakat menjadi lebih tersusun dan harmoni. Anak-anak membesar dalam suasana yang tenang dan yakin.

“Tetapi apabila keluarga tertekan akibat kos sara hidup dan cabaran pekerjaan, kesannya bukan sahaja kepada kewangan, malah menjejaskan emosi, pelajaran anak-anak dan keyakinan mereka terhadap masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran DKKN dan Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, di sini pada Sabtu.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

DKKN Saarani Mohamad Dasar Kasih Keluarga Negara Perak MB Perak DKKN Saarani Mohamad keluarga institusi keluarga Perak Perak Sejahtera 2030 keluarga MADANI ucapan MB Perak Ipoh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Mengulas lanjut Saarani berkata, pelaksanaan DKKN juga selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan berteraskan nilai dan kemanusiaan.

Malah kata beliau, ia turut seiring dengan prinsip yang sama diterjemahkan melalui agenda Perak Sejahtera 2030, yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Perak Sejahtera 2030 bukan hanya pelan pembangunan fizikal, tetapi komitmen untuk memastikan kemajuan ekonomi berjalan seiring dengan kekuatan sosial dan kestabilan keluarga.

“Gagasan Malaysia MADANI dan Perak Sejahtera 2030 bergerak seiring, iaitu memandu arah nilai negara, serta memastikan pelaksanaannya benar-benar dirasai rakyat di peringkat negeri,” katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Terdahulu Anwar ketika berucap mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada kerajaan negeri bagi penyelarasan projek-projek kecil di Ulu Kinta dalam kawasan Parlimen Tambun.

Ia disalurkan untuk kerja-kerja pembaikan sistem perparitan, bumbung sekolah yang bocor, penambahan bilangan bilik darjah dan sebagainya.

“Hasil perbincangan dengan pegawai daerah, kita rumuskan bahawa untuk diutamakan projek-projek yang melibatkan kelangsungan rakyat,” ujar Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

DKKN dasar komprehensif perkukuh institusi keluarga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI