DOF tingkat usaha buru ikan asing, pantau kedai akuarium

TAPAH – Jabatan Perikanan (DOF) akan mempertingkatkan penguatkuasaan membanteras penjualan ikan larangan atau ikan asing, termasuk pemantauan di premis yang menjual ikan hiasan akuarium seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, hasil pemeriksaan ke atas 473 kedai ikan hiasan akuarium, sebanyak 28 kes dikenakan tindakan sitaan atas kesalahan berkenaan pada sepanjang tahun lalu.

DOF banteras ikan asing penguatkuasaan Jabatan Perikanan ikan larangan di Malaysia sitaan ikan akuarium 2024 pleco ikan bandaraya jeti nelayan darat Tapah
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain ketika sidang media Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat dan Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum di Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

“DOF akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di premis akuarium tempatan melalui aktiviti pemantauan terhadap ikan-ikan asing yang tidak mempunyai permit untuk dipelihara.

“Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman di bawah Subseksyen 31(1) Akta Perikanan 1985 iaitu kompaun pada kadar antara RM500 sehingga RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat dan Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum di Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road dekat sini, pada Jumaat.

DOF banteras ikan asing penguatkuasaan Jabatan Perikanan ikan larangan di Malaysia sitaan ikan akuarium 2024 pleco ikan bandaraya jeti nelayan darat Tapah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menandatangani plak perasmian Jeti Nelayan Darat di Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu turut dihadiri Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri, Mohd Ghazali Abd Manap serta Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman.

DOF banteras ikan asing penguatkuasaan Jabatan Perikanan ikan larangan di Malaysia sitaan ikan akuarium 2024 pleco ikan bandaraya jeti nelayan darat Tapah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melepaskan benih ikan baung dan udang galah ke sungai pada Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat dan Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum di Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Menurut Adnan, meskipun perkembangan situasi ancaman ikan asing di perairan darat negara masih terkawal namun perkara itu tidak boleh dipandang ringan.

Justeru beliau meminta agar kerjasama daripada semua pihak sama ada organisasi bukan kerajaan (NGO, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya dapat digerakkan dalam membantu DOF menangani isu itu termasuk membabitkan spesis ikan bandaraya atau pleco.

“Isu ancaman ikan asing tidak berlaku di semua tempat, misalnya di kawasan sungai yang mana keadaan ekosistemnya baik, ia tidak terkesan dengan hidupan berkenaan. Walaupun begitu, kita tidak boleh leka dengan situasi itu,” kata beliau.

DOF banteras ikan asing penguatkuasaan Jabatan Perikanan ikan larangan di Malaysia sitaan ikan akuarium 2024 pleco ikan bandaraya jeti nelayan darat Tapah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Majlis Penyerahan Jeti Nelayan Darat dan Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum di Kampung Sungai Ranggas, Tapah Road, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 APRIL 2025.

Terdahulu pada majlis Saarani merasmikan Jeti Nelayan Darat Kampung Sungai Ranggas yang bakal memberi manfaat kepada 20 nelayan darat setempat.

Pembinaan jeti itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM500,000 yang disalurkan kerajaan negeri pada tahun lalu bagi pembinaan dua jeti nelayan darat iaitu selepas di Kampung Chegar Galah Kuala Kangsar.

Pada majlis sama, Saarani dan tetamu kehormat turut melepaskan 13,000 ekor benih ikan baung dan 70,000 ekor benih udang galah di Jeti Nelayan Darat Kampung Sungai Ranggas. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jabatan Perikanan tidak pernah keluar surat kebenaran kepada 12 warga Bangladesh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI