PARTI – Doktor lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelajar tingkatan tiga Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, doktor yang bertugas di salah sebuah hospital kerajaan itu di lepaskan pada Sabtu.
“Doktor tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan masih diteruskan,” jawabnya ringkas ketika dihubungi MG Perak, pada Sabtu.
Terdahulu MG Perak melaporkan seorang doktor lelaki ditahan polis kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pesakit perempuan bawah umur pada Rabu lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan di wad kecemasan, Hospital Changkat Melintang.
Hafezul Helmi dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Hospital Changkat Melintang, di sini.
“Suspek direman selama tiga hari sehingga Sabtu untuk membantu siasatan,” katanya. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
Polis tahan doktor disyaki cabul pelajar sekolah