D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan ‘jinak’, eksotik

IPOH – Bagi pencinta haiwan serta mereka yang gemarkan aktiviti santai bersama keluarga, D’Pets Kingdom adalah destinasi ideal untuk menikmati waktu berkualiti sambil mendekati pelbagai jenis haiwan comel dan eksotik dalam suasana mesra pengunjung.

Premis ini dibuka pada November 2024 di sebuah bangunan dua tingkat yang terletak dalam kawasan seluas 0.4 hektar di Pusat Perdagangan Greentown dan kini menjadi salah satu tarikan baharu di bandar raya Ipoh.

Jurucakap D’Pets Kingdom, Nor Nadia Amalina Zulkifle berkata, premis tersebut adalah pet centre (sebuah pusat haiwan peliharaan setempat) yang menempatkan beberapa tarikan seperti petting house, hotel haiwan, kafe mesra haiwan dan perkhidmatan dandanan haiwan (pet grooming).

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Haiwan yang terdapat di D’Pets Kingdom, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

“Tarikan utama di sini adalah petting house yang menempatkan lebih daripada 20 spesis haiwan termasuk haiwan eksotik dari dalam dan luar negara.

“Antara haiwan yang terdapat di sini termasuklah ferret (feret), capybara (kapibara), prairie dog (tupai tanah), pygmy goat (kambing pigmi) dan studio kucing.

“Terdapat juga haiwan eksotik yang ditempatkan di sini antaranya, iguana, chameleon (sesumpah), ular sawa albino dan sailfin dragon yang mempunyai ciri fizikal seakan ‘Godzila‘,“ katanya ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak pada Sabtu.

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Jurucakap D’Pets Kingdom, Nor Nadia Amalina Zulkifle. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

Beliau berkata, kebanyakkan haiwan yang ditempatkan di premis berkenaan didapati secara lokal namun ada juga yang diimport dari luar negara.

“Kita ada beberapa haiwan yang diimport seperti capybara daripada Peru, salphin dragon (Indonesia) dan whale chameleon (Mesir).

“Selain berpeluang untuk membelai haiwan, kita juga menyediakan makanan haiwan dengan harga berpatutan supaya pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman memberi makan haiwan di sini,” katanya.

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Pengunjung berpeluang memegang arnab antara haiwan yang terdapat di D’Pets Kingdom, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

Katanya, keistimewaan petting house ini adalah semua haiwan ditempatkan di dalam bangunan berhawa dingin dan amat sesuai bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Tambahnya, pengunjung juga boleh menikmati makanan dan minuman di kafe mesra haiwan yang disediakan di tingkat bawah premis ini.

“Di sini ada kafe dan petting house kita terletak di dalam bangunan. Selalunya, kalau di tempat lain, haiwan-haiwan ini akan ditempatkan di luar.

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Iguana antara haiwan yang terdapat di D’Pets Kingdom, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

“Justeru, lokasi ini amat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil yang tidak tahan panas atau bimbang daripada terkena hujan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai sambutan yang diberikan, Nor Nadia Amalina menjelaskan bahawa setakat ini sambutan pengunjung amat memberangsangkan terutamanya pada cuti hujung minggu, cuti umum dan musim cuti sekolah.

“Pada awalnya sambutan daripada pengunjung baik walaupun masih belum dikenali ramai.Bagaimanapun selepas sambutan Tahun Baharu Cina, bilangan pengunjung mulai bertambah,” jelasnya.

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Haiwan yang terdapat di D’Pets Kingdom, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

Sementara itu, beliau berkata, mereka turut menyediakan pakej pendidikan untuk pelajar sekolah yang ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan yang terdapat di sini.

D’Pets Kingdom dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ia dibuka mulai jam 11 pagi hingga 8 malam.

D’Pets Kingdom tawar pengalaman interaktif bersama haiwan jinak, eksotik
Pengunjung berpeluang memberi makanan kepada kucing di D’Pets Kingdom, Pusat Perdagangan Greentown, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MEI 2025.

Harga tiket masuk untuk dewasa adalah RM38 manakala kanak-kanak dan warga emas cuma RM28 sahaja (kanak-kanak di bawah 90 sentimeter percuma).

Masa operasi untuk kafe bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cipta Karya: Bengkel seni interaktif tarikan baru Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI