Draf RMK13 dijangka dibentang di Parlimen pada 28 Julai depan – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka membentangkan Draf Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen pada 28 Julai ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, taklimat RMK13 kepada jemaah menteri disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron, hari ini.

“Menteri-menteri telah menerima rangkuman, ringkasan daripada draf tersebut yang akan dibentang dalam sidang parlimen pada bulan Julai depan.

“Perdana Menteri telah meminta supaya setiap kementerian meneliti draf yang telah dibentangkan dan memberi maklum balas kepada Kementerian Ekonomi dalam masa terdekat.

“Sebelum ia dimuktamadkan bagi persiapan pembentangan di Parlimen kelak,” katanya dalam sidang media selepas pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, RMK13 2026-2030 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, cabaran itu termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.

Draf RMK13 juga bakal mengambil kira maklum balas pelbagai pemegang taruh termasuk kerajaan negeri, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil sebelum ia dimuktamadkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI