Dua beradik maut, pemandu pacuan empat roda melarikan diri

SUNGAI SIPUT – Dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam nahas langgar lari di kilometer (km) 38.9 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran dengan simpang Taman Desa Salak, dekat sini, pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Zuhal Norazlan, 17 dan adiknya, Ahmad Marikh Norazlan, 13 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika dua beradik yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, pagi tadi.

Setibanya di lokasi, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Kuala Kangsar menghala ke Ipoh telah memasuki simpang jalan secara mengejut.

Kejadian itu kemudian menyebabkan berlaku pelanggaran antara kenderaan berkenaan dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, nahas itu mengakibatkan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda telah melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis telah menerima panggilan berkenaan kemalangan tersebut pada jam 7.12 pagi dan siasatan sedang dijalankan. Siaran media berkenaan kejadian itu akan dikeluarkan,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pekebun mengaku tak bersalah langgar anggota polis hingga parah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI