Dua beradik maut: Waris layak terima faedah skim takaful pelajar – Exco

SUNGAI SIPUT – Kerajaan Negeri Perak menzahirkan rasa simpati di atas pemergian dua beradik yang maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer (KM) 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di sini, pagi semalam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau yang mewakili seluruh kepimpinan kerajaan negeri turut menyampaikan salam takziah kepada ibu bapa kepada dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar itu.

Menurutnya, ujian yang dihadapi keluarga berkenaan amat berat kerana kehilangan dua anak secara serentak dan semoga mereka tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah SWT ini.

“Kejadian ini berlaku beberapa hari menjelang Aidilftri yang secara tidak langsung meragut persiapan dan keceriaan untuk menyambutnya. Sudah pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini.

Dua beradik maut: Waris layak terima faedah skim takaful pelajar – Exco
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah kelihatan sebak pada sesi temubual ketika hadir menziarahi keluarga mangsa yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak dekat Sungai Siput awal pagi semalam. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2024.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa sebagai tanda simpati kerajaan negeri dan InshaAllah mungkin lepas ini mereka akan terima bantuan lain dalam masa terdekat,” katanya selepas menziarahi keluarga terbabit di Kampung Salak Stesen di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin yang turut hadir menyantuni keluarga berkenaan dan menyampaikan sumbangan.

Dalam pada itu, Khairudin memaklumkan kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar itu melayakkan waris menerima faedah menerusi skim takaful pelajar sekolah berjumlah RM5,500 bagi setiap pelajar selain wang khairat kematian RM1,500.

Dua beradik maut: Waris layak terima faedah skim takaful pelajar – Exco
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (kiri) menyerahkan sumbangan kepada ayah mangsa, Norazlan Tajuddin, 37 (kanan) ketika hadir menziarahi keluarga mangsa yang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan kematian dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak dekat Sungai Siput awal pagi semalam. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 APRIL 2024.

“Saya akan meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak untuk untuk mengenal pasti dan membantu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar untuk menyelesaikan tuntutan skim takaful tersebut supaya berjalan dengan lancar dan keluarga ini wajar mendapat peruntukan berkenaan,” jelasnya.

Semalam, MG Perak melaporkan dua beradik, Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan Ahmad Marikh Norazlan, 13,  maut apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar lari sebuah pacuan empat roda di KM38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dalam kejadian jam 7.10 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua beradik maut: “Abang minta maaf mama”

Langgar lari dua beradik: Kontraktor direman empat hari

Dua beradik maut, pemandu pacuan empat roda melarikan diri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI