Dua beranak direman enam hari disyaki salah guna jawatan

IPOH – Seorang pengerusi pertubuhan sebuah koperasi di negeri ini bersama anaknya ditahan reman selama enam hari kerana disyaki menyalahgunakan jawatan mereka bagi pelantikan untuk pemberian kerja-kerja pengusahahasilan hutan simpan bernilai RM700,000.

Majistret ‘Atifah Hazimah Wahab membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mulai hari ini sehingga 31 Mac depan di kompleks Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini pada Selasa.

Dia ditahan bersama anaknya yang juga Pegawai Khas Projek Koperasi masing-masing berusia 68 dan 46 tahun itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan di Bandar Meru Raya petang semalam.

Dua beranak direman enam hari disyaki salah guna jawatan
Dua beranak ditahan reman selama enam hari kerana disyaki menyalahgunakan jawatan mereka bagi pelantikan untuk pemberian kerja-kerja pengusahahasilan hutan simpan bernilai RM700,000 di kompleks Bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 MAC 2024.

Kedua-dua suspek disyaki menggunakan jawatan mereka untuk mempengaruhi Ahli-Ahli Lembaga Koperasi bagi memilih syarikat dimiliki anaknya bagi kerja-kerja pengusahasilan hutan di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Perak dengan nilai pelaburan berjumlah RM700,000 daripada Koperasi Luar Bandar Malaysia Berhad.

Terdahulu, mereka yang berpakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 10.20 pagi menaiki kenderaan agensi penguatkuasa itu dan dibawa keluar pada jam 10.45 pagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dua individu terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 ASPRM 2009.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam antara tiga direman kes tuntutan palsu lebih RM800,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI