Dua beranak hidup daif: JKM akan kenal pasti kediaman baru – Exco Perak

IPOH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak bersama Pertubuhan Puteri Kebajikan Perak akan mengenal pasti kediaman baru yang lebih sesuai untuk menempatkan semula dua beranak yang tinggal di sebuah rumah di sini, yang dipenuhi sampah sarap dan takungan najis.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, susulan daripada itu, bantuan berjumlah RM1,400 akan disalurkan bagi meringankan beban mereka.

“Daripada jumlah itu, JKM akan menyalurkan Bantuan Am sebanyak RM400 dan Bantuan Warga Emas RM500, berserta RM500 daripada Baitulmal kepada mereka.

“Ia membolehkan anak dan ibu itu tinggal di tempat yang lebih selesa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata demikian susulan laporan sebuah agensi media tentang kedaifan kehidupan dua beranak apabila tinggal dalam persekitaran kediaman yang dipenuhi sampah sarap, termasuk takungan najis di Flat Taman Silibin, dekat sini.

Media itu melaporkan, Erwan Dahari, 46, terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibunya Miram Kadir, 77, yang uzur di rumah yang didiami mereka sejak tujuh tahun lalu itu.

Selain tidur tanpa beralaskan tilam, bantal dan bantal, keadaan rumah itu juga dilaporkan uzur apabila tampias air hujan sering memasuki rumah selain tandas yang tersumbat.

dua beranak daif rumah sampah sarap najis exco rumah baru Perak bantuan JKM bantuan JKM Perak dua beranak daif rumah sampah sarap najis exco rumah baru Perak bantuan JKM bantuan JKM Perak dua beranak daif rumah sampah sarap najis exco rumah baru Perak bantuan JKM bantuan JKM Perak
Dua beranak itu tiada pilhan selain tinggal dalam rumah yang penuh dengan sampah dan najis. – foto ihsan ASTRO AWANI

Di samping itu, Salbiah memberitahu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta juga telah menyerahkan bantuan dana Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300 kepada Erwan, pada Rabu.

“PKDM Kinta juga akan meluluskan bantuan skim Bantuan Am Negeri sebanyak RM 400 sebulan kepada penama (Erwan) dan skim Bantuan Warga Emas RM500 sebulan kepada ibunya,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau berkata hasil semakan JKM, mendapati dua beranak itu telah mendiami rumah flat yang terbiar di Silibin itu tanpa dikenakan sebarang bayaran sewa sejak dua tahun oleh pemilik asal.

Kata beliau, kawasan persekitaran flat berkenaan juga usang selain kebanyakkan unit rumah di situ tidak berpenghuni.

“JKM juga mendapati, ibu tersebut sedang menerima bantuan dari baitulmal sebanyak RM 500 sebulan.

“Manakala anaknya mengalami masalah kemurungan pada tahap minima. Dia juga tidak mahu membenarkan ibunya dimasukkan ke rumah kebajikan kerana sanggup menjaga ibunya,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JKM lihat keperluan sesuai bantu keluarga pengawal keselamatan mati dibunuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI