TAPAH – Dua cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Batu 7, Jalan Pahang, di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.11 pagi
Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan itu.
“Setibanya di lokasi kita mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung.
“Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun dan seorang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan.
“Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan kejadian dan selepas tiada kemerbahayaan lain, jentera bersama anggota bertolak balik ke balai .
“Operasi tamat sepenuhnya jam 11.41 pagi,” jelasnya.
Artikel Berkaitan: