Dua kakitangan hospital, pembekal direman buat tuntutan palsu pembekalan barangan perubatan

IPOH – Tiga lelaki termasuk dua penjawat awam direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan pembekalan barangan-barangan perubatan berjumlah sekitar RM75,000.

Majistret S Punitha membenarkan permohonan reman sehingga 19 Februari terhadap kesemua suspek berusia antara 36 hingga 55 tahun itu bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Terdahulu, kesemua mereka yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah di sini sekitar jam 10 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.

Semalam, tiga lelaki membabitkan dua kakitangan sebuah hospital kerajaan serta seorang pembekal ditahan SPRM Perak di pejabat agensi itu pada jam 5 petang.

Tangkapan terhadap ketiga-tiga individu terbabit dibuat kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti rasuah iaitu membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan barangan-barangan perubatan berjumlah sekitar RM75,000 melibatkan sebuah hospital di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan di bawah Seksyen 18 ASPRM itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saman RM100: Mahkamah tolak permohonan lanjut reman tiga anggota trafik

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI