Dua kampung johan Anugerah Desa Sejahtera, Anugerah Sejati Madani

IPOH – Dua kampung di Negeri Perak mencatatkan kejayaan membanggakan apabila masing-masing dinobatkan sebagai johan bagi Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani bagi Tahun 2024, pada Sabtu.

Ia disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Anugerah berkenaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Anugerah Desa Sejahtera dan Sejati Madani 2024 Perak Kampung Jaya Setia Kuala Kangsar Kampung Telaga Nenas Manjung Johan Anugerah Desa Sejahtera 2024 Johan Anugerah Sejati Madani 2024 JS Licious kerepek projek kelong Kampung Telaga Nenas pembangunan desa Perak inisiatif komuniti luar bandar produk kampung halal pelancongan memancing Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan hadiah tempat pertama anugerah Sejati Madani Negeri Perak 2024 kepada Kampung Jaya Setia, Daerah Kuala Kangsar pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Kampung Jaya Setia dari daerah Kuala Kangsar dinobatkan sebagai johan Anugerah Sejati Madani 2024 dengan membawa pulang piala iringan dan hadiah berupa peruntukan projek infra berjumlah RM100,000.

Sementara Kampung Telaga Nenas dari Manjung pula diumumkan sebagai johan Anugerah Desa Sejahtera Negeri Perak 2024 dengan menerima piala iringan dan hadiah kemenangan berupa penyaluran ke akaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berjumlah RM10,000.

Anugerah Desa Sejahtera dan Sejati Madani 2024 Perak Kampung Jaya Setia Kuala Kangsar Kampung Telaga Nenas Manjung Johan Anugerah Desa Sejahtera 2024 Johan Anugerah Sejati Madani 2024 JS Licious kerepek projek kelong Kampung Telaga Nenas pembangunan desa Perak inisiatif komuniti luar bandar produk kampung halal pelancongan memancing Perak
Kampung Jaya Setia, Daerah Kuala Kangsar pemenang tempat pertama anugerah Sejati Madani Negeri Perak 2024 pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Ketika ditemui selepas majlis, Pengerusi JPKK Kampung Jaya Setia, Ebby Shaifullah Yussof, berkata, anugerah yang diterima adalah itu adalah berkat usaha berterusan 14 peserta yang bergiat dalam perusahaan kerepek di bawah jenama JS Licious.

“Bengkel kerepek kami telah beroperasi sejak enam bulan lalu, membabitkan peserta terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah dan golongan B40. Produk utama termasuk kerepek labu, sambal labu, kerepek pulut dan pelbagai aneka kerepek lain.

“Wang kemenangan yang diperoleh ini akan digunakan untuk membesarkan bengkel, menambah peralatan dan meningkatkan bilangan peserta. Kami juga sedang dalam usaha mendapatkan pensijilan halal bagi memperluas pasaran,” katanya.

Anugerah Desa Sejahtera dan Sejati Madani 2024 Perak Kampung Jaya Setia Kuala Kangsar Kampung Telaga Nenas Manjung Johan Anugerah Desa Sejahtera 2024 Johan Anugerah Sejati Madani 2024 JS Licious kerepek projek kelong Kampung Telaga Nenas pembangunan desa Perak inisiatif komuniti luar bandar produk kampung halal pelancongan memancing Perak
Kampung Jaya Setia, Daerah Kuala Kangsar pemenang tempat pertama anugerah Sejati Madani Negeri Perak 2024 pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Menurut Ebby Shaifullah, kaedah pasaran melalui platform atas talian telah membantu meningkatkan penjualan produk yang dihasilkan sehingga ke Kelantan, Johor dan Melaka.

Malah beliau berkata, jualan tertinggi berjaya direkodkan pada tempoh menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu apabila meraih RM11,000, berbanding purata bulanan sekitar RM5,000 ke RM6,000.

Anugerah Desa Sejahtera dan Sejati Madani 2024 Perak Kampung Jaya Setia Kuala Kangsar Kampung Telaga Nenas Manjung Johan Anugerah Desa Sejahtera 2024 Johan Anugerah Sejati Madani 2024 JS Licious kerepek projek kelong Kampung Telaga Nenas pembangunan desa Perak inisiatif komuniti luar bandar produk kampung halal pelancongan memancing Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan hadiah johan pertandingan Desa Sejahtera Negeri Perak 2024 kepada Kampung Telaga Nenas, Daerah Manjung pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Sementara itu, Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris berkata, kejayaan Kampung Telaga Nenas adalah hasil kerjasama erat antara JPKK dan Koperasi Telaga Nenas Berhad yang dalam membangunkan kelong atau pondok terapung untuk pemancing.

“Kelong yang diusahakan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan kaki pancing, malah sering mendapat perhatian dan tular di media sosial,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ketua Kampung Telaga Nenas, Mohamad Isa Hussain berkata, pembinaan dua kelong milik JPKK serta 15 kelong persendirian itu telah berjaya memperkukuh ekonomi setempat.

Kata beliau, selain dapat menjana pendapatan kepada kampung, ia turut memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi khususnya kepada perusahaan kedai runcit, penyewa sampan, pembekal umpan dan sebagainya.

“Kami akan mengadakan perbincangan termasuk dengan pihak pejabat daerah untuk melihat kepada keperluan baharu susulan daripada hadiah kemenangan yang diperoleh. Apa yang penting adalah masyarakat kampung terus memperoleh manfaat,” ujarnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar bersama peserta pertandingan anugerah Sejati Madani Negeri Perak 2024 pada Majlis Anugerah Desa Sejahtera dan Anugerah Sejati Madani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MEI 2025.

Anugerah Desa Sejahtera yang julung kalinya dianjurkan pada tahun lalu merupakan inisiatif untuk mengetengahkan kampung-kampung yang berpotensi dari sesi kepemimpinan JPKK, pendayaupayaan sumber ekonomi serta kesejahteraan komuniti masyarakat setempat.

Sementara Anugerah Sejati Madani pula merupakan cetuskan idea Menteri Besar Perak adalah usaha dalam memacu komuniti di negeri agar lebih makmur dalam pelbagai bidang ekonomi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak nilai prestasi 829 ketua kampung, pelantikan baharu 1 Jun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI