Dua kanak-kanak antara empat cedera kemalangan kereta bertembung van

TAIPING – Empat cedera termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah kereta bertembung dengan van dalam kemalangan di Taman Lela, Kamunting, di sini, awal pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.14 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu melibatkan kereta jenis Proton Persona yang dipercayai telah bertembung dengan van jenis Toyota Hiace.

“Terdapat tiga mangsa di dalam kereta Proton Persona iaitu seorang wanita berusia 51 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu dan dua kanak-kanak yang turut mengalami kecederaan.

“Pemandu van lelaki berusia lingkungan 20-an yang mengalami kecederaan ringan telah dikeluarkan oleh orang awam

“Anggota mengaplikasikan konsep SAVER dan mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menganjakkan kerusi pemandu ke belakang dan menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa.

“Kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS dan ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata operasi terkawal sekitar jam 6.35 pagi dan tamat sepenuhnya jam 7.29 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja dilapor hilang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ditemukan maut

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI