Dua kelindan maut, pemandu lori cedera langgar belakang treler

GOPENG – Dua kelindan lori maut manakala pemandunya cedera dalam nahas melibatkan lori muatan perabot dan treler muatan tepung di Kilometer 307.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 5.55 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke lokasi tersebut.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan membawa muatan perabot melanggar bahagian belakang treler muatan tepung menyebabkan seorang pemandu dan dua kelindan lori berkenaan tersepit.

“Anggota kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Pemandu lori berusia 36 tahun mengalami kecederaan patah tangan manakala dua kelindan warga Bangladesh berumur 26 dan 29 tahun disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, pemandu lori treler berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Wan Mohd Fadzil Wan Hamzah tamat jam 8 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu van maut, penumpang cedera nahas dengan treler

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI