Dua motosikal bertembung, seorang maut tercampak parit, seorang cedera

BAGAN SERAI – Seorang maut manakala seorang cedera selepas dua motosikal dipercayai bertembung dalam nahas di Jalan Parit Buntar ke Sungai Bogak, di sini pada Selasa.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Zahini Peai, 44, penunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.08 pagi.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang lelaki berusia 44 tahun dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang lelaki berusia 58 tahun.

“Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal Yamaha LC telah tercampak ke dalam parit dan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dan mengarahkan anggota memberikan rawatan awal pada kedua-dua mangsa” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang tercampak ke dalam parit kemudiannya diperiksa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan seterusnya manakala mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dan dihantar ke Hospital Parit Buntar dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Katanya, operasi terkawal jam 7.35 pagi dan tamat sepenuhnya jam 8 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut terkena libasan pokok getah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI