TAIPING – Dua parah manakala dua lagi cedera ringan selepas ambulans dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Tol Kamunting, di sini, sekitar jam 3.30 pagi pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa merupakan tiga kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan orang awam dipercayai dalam perjalanan pulang ke Parit Buntar dari Hospital Taiping.
Menurut beliau, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting pada jam 3.30 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Tambah beliau, jarak BBP ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer (KM) dan jentera tiba pada jam 3.39 pagi dengan anggota seramai lapan orang.
“Kemalangan melibatkan sebuah ambulans KKM terbabas ke dalam parit melibatkan empat orang mangsa di mana seorang lelaki telah dibawa keluar orang ramai manakala tiga lagi mangsa dikeluarkan pihak bomba.
“Seorang perempuan mengalami kecederaan manakala dua lagi lelaki mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sabarodzi berkata, semua mangsa telah di bawa ke Hospital Taiping menaiki EMRS dan kenderaan KKM untuk Tindakan selanjutnya.
“Operasi yang diketuai PBK II M Nurmuizzuddin Ahmad Hamide itu taat pada jam 4.20 pagi,” katanya. -MG Perak