Dua pegawai, lima anggota polis ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

KUANTAN – Dua pegawai dan lima anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah kedai di Mentakab, semalam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua anggota dan pegawai lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan pada 2.15 pagi.

“Saya mengesahkan tangkapan itu dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mereka kini direman hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Yahaya berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan sekiranya didapati bersalah, penyelia mereka juga akan dikenakan tindakan.

Difahamkan, selain dua pegawai berpangkat Inspektor dan lima anggota berpangkat Koperal serta Lans Koperal itu, turut ditahan dua wanita Thailand dan seorang lelaki tempatan.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI