Dua pelajar Tingkatan Empat dikhuatiri lemas di Sungai Perak

PARIT – Dua pelajar lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Tepus dekat sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 4.21 petang.

Katanya, maklumat awal diterima pihaknya kedua-dua mangsa berusia 16 tahun dan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi mencari mangsa.

“Berdasarkan kepada maklumat awal, mangsa dikatakan cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

“Selain itu, penduduk kampung turut membantu pencarian dengan menggunakan bot nelayan manakala anggota menggunakan bot aluminium,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sabarodzi menambah, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Pulau Pangkor telah digerakkan membantu operasi.

“Keadaan cuaca ketika ini mendung dengan arus air sungai deras.

“Setakat 6.30 petang, kedua-dua mangsa belum dijumpai,” jelasnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki jatuh bot ditemukan lemas

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI