Dua ‘transporter’ terima upah sehingga RM50,000 ditahan bersama 51.5 kg dadah

KUALA KANGSAR – Dua lelaki ditahan bersama 51.5 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di Kuala Kangsar, pada Sabtu.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 33 tahun itu dipercayai bertindak sebagai transporter dengan masing-masing memperoleh upah RM500 dan RM50,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin berkata, dua lelaki terbabit ditahan di dalam sebuah kereta jenis Mercedes Benz dalam serbuan dijalankan JSJN Perak pada jam 4.10 petang semalam.

Menurutnya, sebelum itu pasukan JSJN Perak menjalankan intipan kira-kira 30 minit di kawasan lapang berhampiran sebuah bangunan di sini.

Dua ‘transporter’ terima upah sehingga RM50,000 ditahan bersama 51.5 kg dadah
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin (dua,kiri) menunjukkan rampasan kereta yang digunakan untuk membawa dadah jenis methamphetamine bernilai RM2.57 juta dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 MAC 2024.

“Terdapat sebuah kereta dinaiki dua lelaki warga tempatan yang kemudiannya memberhentikan kenderaan di kawasan tersebut. Pasukan JSJN Perak memperkenalkan diri sebagai polis mengarahkan pemandu dan penumpang untuk turun dari kereta.

“Pemeriksaan yang dilakukan di bahagian belakang kereta sambil disaksikan pemandu dan penumpang menemui tiga beg pakaian berwarna hitam dan berzip yang mengandungi 50 bungkusan plastik berwarna jingga berisi dadah jenis methamphetamine seberat 51,501 gram dengan anggaran nilai pasaran RM2.57 juta.

“Kita turut merampas kereta jenis Mercedes Benz dipercayai milik bapa suspek berusia 31 tahun yang bernilai RM53,000 menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM2.623 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini pada Ahad.

Dua ‘transporter’ terima upah sehingga RM50,000 ditahan bersama 51.5 kg dadah
Rampasan dadah jenis methamphetamine bernilai RM2.57 juta dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 MAC 2024.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN, Datuk Zainudin Ahmad dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok Chin berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama empat bulan sejak Disember tahun lalu.

“Kita percaya barang (dadah) itu dibawa masuk dari negeri jiran bersempadan Perak yang terletak di sebelah utara.

“Siasatan mendapati suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai operator kilang mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah manakala suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pendawai elektrik tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Dua ‘transporter’ terima upah sehingga RM50,000 ditahan bersama 51.5 kg dadah
Rampasan dadah jenis methamphetamine bernilai RM2.57 juta dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 MAC 2024.

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya.

Beliau berkata, dadah yang dirampas adalah untuk pasaran di sekitar Perak dan boleh digunakan oleh 500,000 penagih.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 23 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis serbu pusat hiburan, tumpaskan aktiviti edar dadah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI