Dua warga asing terperangkap di Gua Sam Poh Tong diselamatkan

SIMPANG PULAI – Dua warga asing yang terperangkap di Gua Sam Poh Tong, Simpang Pulai, di sini, selamat dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.26 petang, hari ini.

Menurut beliau, sejurus selepas itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai gerak ke lokasi kejadian.

“Ketika di lokasi pihak bomba mendapati dua orang mangsa iaitu seorang lelaki yang berasal dari China dan seorang perempuan yang berasal dari Korea, kedua-duanya berumur dalam lingkungan 30-an.

“Mangsa telah dijumpai di dalam gua berkenaan dan terperangkap kerana pintu utama di gua berkenaan ditutup,”katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Operasi yang diketuai PBK II Saiful Yazan Sharif itu membabitkan seramai sembilan orang anggota tamat jam 3 petang. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI