Dua warga emas maut kereta dinaiki bertembung 4×4

TANJUNG MALIM – Dua warga emas maut selepas kereta mereka naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) dalam kejadian di Jalan Kuala Slim dekat sini, malam Rabu.

Mangsa, pemandu kereta jenis Proton Saga, Muhammed Sharif Hashim dan penumpang, Sha’aarudin Aman, kedua-duanya berusia 73 tahun dari Felda Gunung Besout, Sungkai maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan 4×4 jenis Toyota Hilux sekitar jam 9.06 malam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Proton Saga yang dinaiki dua lelaki berusia 73 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Slim menghala ke Besout 4.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Toyota Hilux yang datang dari arah tersebut.

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Slim River,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 30 tahun serta seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 20 tahun iaitu penumpang tempat duduk hadapan kenderaan terbabit masing-masing mengalami kecederaan di bahagian telinga dan patah kaki kiri.

Tambahnya, seorang lagi warga Sri Lanka berusia 25 tahun iaitu penumpang tempat duduk belakang Toyota Hilux tersebut tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu termasuk penumpang Toyota Hilux terbabit dibawa ke Hospital Slim River bagi menerima rawatan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga cedera nahas babit tiga kenderaan di Kampung Kepayang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI