Duda rogol anak kandung 10 kali sejak Mac ditahan

TELUK INTAN – Seorang duda ditahan selepas disyaki merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Langkap dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan pada 28 September lalu selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama sekitar jam 11.31 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suspek selepas kematian ibu kandungnya pada tahun 2023.

“Suspek, yang tidak bekerja dan berstatus duda, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak 10 kali di rumah mereka sejak Mac lalu.

“Susulan itu, suspek terbabit telah ditahan reman sejak 29 September lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, kertas siasatan telah dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak untuk pertuduhan.

“Polis memandang serius kes penderaan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah seumpama ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu van penghantaran didenda RM8,000, sebabkan kemalangan tujuh kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI