Duit simpanan, pinjaman lebih RM300,000 lesap jual beli saham

IPOH – Seorang jurulatih selam mengalami kerugian RM304,422 selepas terpedaya dengan iklan pelaburan membeli dan menjual saham di laman sosial.

Lebih parah, bukan hanya wang simpanannya habis tetapi juga duit yang dipinjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya turut lesap.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian berlaku pada 11 September 2024 ketika mangsa melayari laman Facebook dan menemui iklan pelaburan membeli dan menjual saham.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya telah menekan pautan yang diberi seorang wanita lalu dimasukan ke dalam kumpulan aplikasi WhatsApp sebelum diminta memuat turun aplikasi ‘AE Online’.

“Bagi tujuan membeli dan menjual saham tersebut, mangsa perlu membuka satu akaun di dalam aplikasi AE Online sebelum melakukan 14 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM304,422.

“Siasatan awal polis mendapati pada 15 November 2024 terdapat pulangan sebanyak RM7,960 yang dimasukan ke dalam akaun bank mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah Zulkafli, mangsa seterusnya telah menghubungi wanita terbabit untuk mendapatkan pulangan bagi transaksi yang lain, namun suspek gagal dihubungi.

“Semakan oleh pengadu di beberapa laman sesawang mendapati pelaburan tersebut tidak wujud,” katanya.

Zulkafli berkata, pihak polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mempersoalkan kebenaran maklumat yang diberikan untuk skim pelaburan.

“Ungkapan ‘jaminan’, ‘pulangan tinggi dengan sedikit risiko atau tiada risiko’, seminar atau nasihat percuma, kebanyakannya adalah satu penipuan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lesap hampir RM1juta, warga emas diperdaya pelaburan saham tidak wujud

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI